Menjelaskan Relasi Makna Dari Aspek Hiponim dengan singkat

Relasi makna juga dapat dilihat dari aspek hiponim selain dari aspek sinonim, antonim, polisem, homonim, ambiguiti, dan pertindihan makna. Relasi makna bermaksud hubungan semantik yang tedapat antara satuan bahasa yang satu dengan satuan bahasa yang lain. Satuan bahasa mungkin berupa kata frasa dan ayat. Relasi makna dapat menyatakan:

  1. Kesamaan makna
  2. Pertentangan makna
  3. Jangkauan makna
  4. Kegandaan makna
  5. Kelebihan makna

Relasi makna ini dapat difahami umpamanya kata mawar ialah hiponim terhadap kata bunga kerana mawar termasuk dalam kata bunga. Mawar memanglah bunga tetapi bunga bukan hanya mawar, melainkan termasuk tanjung, matahari, cempaka, melur, raya, kenanga, kasturi, ros, melati, dan sebagainya.

Hubungan Hiponimi Sejenis

Hubungan hiponimi sejenis adalah hubungan hirarki yang mana item leksikal yang di atas mempunyai makna yang paling umum dan boleh digunakan untuk merujuk item-item leksikal yang di bawahnya. Ia juga dikenali sebagai “superordinat”.

Item-item leksikal yang di bawahnya pula mempunyai makna yang lebih spesifik dan mempunyai unsur makna item leksikal yang di atasnya. Item-item leksikal ini dikenali sebagai “subordinat” atau hiponim.  Hubungan di antara hiponim-hiponim ini dikenali sebagai ko-hiponimi (Asha Doshi, 2004; Jackson dan Zé Amvela, 2000). Antara contoh hubungan hiponimi yang terdapat dalam bidang tata hias.